• Email : info@kerianghill.com.my

  • Phone : 04-730 5232

  •   Webmail

fasiliti

fasiliti
DEWAN SERI PANGLIMA 1

DEWAN SERI PANGLIMA 1

Dengan keluasan 480 meter persegi, dewan ini boleh menempatkan 250 orang pada satu masa dengan kemudahan internet, sistem siaraya, hawa dingin dan hamparan karpet amat sesuai untuk majlis-majlis perkahwinan, seminar, jamuan makan dan juga kursus-kursus

BILIK MESYUARAT BERLIAN

BILIK MESYUARAT BERLIAN

Bilik mesyuarat yang boleh menempatkan 30 orang dengan kemudahan meja mesyuarat, hawa dingin, kemudahan projector dan keluasan 108 meter persegi amat selesa untuk para pelanggan.

DATARAN KERIANG HILL

DATARAN KERIANG HILL

Keriang Hill mempunyai sebuah dataran lapang dengan keluasan 1,400 meter persegi dibina khusus untuk majlis-majlis keraian skala besar seperti majlis perkahwinan, hari keluarga dan lain-lain. Majlis di dataran ini boleh dianjurkan secara terbuka ataupun secara tertutup dengan khemah marquee berhawa dingin.

GIMNASIUM

GIMNASIUM

Gimnasium dengan keluasan 60 meter persegi dibina berdindingkan kaca bersebelahan dengan kolam renang ini amat sesuai kepada mereka yang mencintai alam semulajadi dan juga mencintai kesihatan diri.

KOLAM RENANG

KOLAM RENANG

Kolam renang yang akan menjanjikan satu pengalaman bersantai dengan keindahan semulajadi, dibina bersebelahan Gunung Keriang seluas 12 meter x 6 meter dengan kedalaman 1.4 meter dan juga dilengkapi kolam untuk kanak-kanak. Terserlah kenyamanannya dengan batu kapur yang begitu unik keindahannya.

PENTAS UTAMA

PENTAS UTAMA

Keriang hill mempunyai sebuah balai yang dibina pada mulanya bagi bersemayam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah menyaksikan festival padi yang diadakan di kawasan sawah padi berhampiran. Balai ini merupakan binaan pertama dibina sebelum terdirinya villa-villa lain. Balai ini menjadi simbol tarikan kepada Keriang Hill. Kini ianya kekal digunakan untuk majlis keraian kepada para tetamu terpilih sahaja.

PARKING

PARKING

Mempunyai tempat meletak kenderaa yang percuma serta luas dan di bawah pengawasan pengawal keselamatan 24 jam, parker ini mampu menampung 120 buah kenderaan pada satu masa.

SURAU

SURAU

Keriang Hill menyediakan kemudahan untuk solat dengan sebuah surau yang boleh diisi hingga 70 orang Jemaah pada satu masa. Selain dari itu, ianya amat sesuai untuk para pengantin bagi majlis akad nikah.